Friday, May 29, 2015

Kiasan Moden

Masuk tempat orang,bawa otak bukan pisau.
Masuk rumah orang,bawa rezeki bukan risau.

Pandai makan,pandailah simpan.
Pandai pakai,pandai betulkan.

Masuk kandang lembu,mengem-boo,
masuk kandang kambing,mengem-beek.
Masuk hutan,jangan buat-buat tahu,
'Masuk angin',jangan meng-anjing ek.

Tuesday, May 26, 2015

"Mengata Dulang Paku Serpih,Mengata Orang Dia Yang Lebih"

     "Mengata dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih".Orang-orang hebat dan maksum(kononnya) seperti ini ramai di muka bumi(juga di muka buku).
     Pengkritik bebas ada di merata-rata,begitu juga media massa 'on-road' dan majalah interaktif. 'Keyboard warrior' pula bertindak sebagai stok ayam dalam masakan, sebagai menggantikan Ajinamoto yang dikhabarkan sungguh mengerikan. 
     Gambaran itu cukup 'thriller' kepada orang-orang 'nerd' seperti saya(kononnya juga). Har har har...Lucu kan? Hakikatnya, itulah punca ke'nerd'an saya kian terhakis. Saya mesti lawan! Saya tidak benarkan orang semudahnya memanipulasikan pandangan,perbuatan,perasaan dan akal saya.
      Kritikan membina itu bagus,tetapi kritikan tidak berasas itu virus. Bercerita dan mengumpat itu beza. Bercerita tentang keburukan orang sebagai tauladan kepada yang lain dengan merahsiakan identiti pihak terlibat sangat bagus. Tetapi, dengan bangganya menyebut nama si polan dengan si polan itulah mengumpat.
     Mengumpat itu boleh,tapi biarlah orang yang diumpat itu ada di depan mata(berani ke?). Memberi kritikan pedas itu seronok tetapi adakah kita seronok juga jika diperlakukan hal yang sama? 'Well',ukur baju di badan sendiri. Sebelum kita mengata orang lain sambil menunjuk-nunjukkan jemari halus kita ke arah orang itu,pastikan tidak ada satu pun jemari tersebut menghala ke arah kita sebab orang tidak akan kisah dengan kritikan pedas dari golongan yang setara dengannya.

Sunday, May 24, 2015

Golongan Manusia Sekelilingku

     Di sekelilingku ada pelbagai golongan manusia. Antaranya,manusia yang sangat aku sayangi tetapi dia pula lebih berminat untuk berpura-pura seperti tidak mengenali aku.
     Kedua,manusia yang di depanku memberi air dan dibelakang menyimpan botol racun tertulis namaku.Jadi, air apakah yang aku minum? Krik... krik... krik...Penuh cemburu dan dendam.
     Ketiga,manusia yang di depanku menangis tetapi ketawa berdekah-dekah. Airmataku seperti wajah badut pada matanya. Hipokrit.
     Namun,paling ramai adalah manusia di sekelilingku adalah manusia yang menyayangiku tetapi aku tidak tahu. Siapalah agaknya? Mungkinkah mereka itu bekas pelajarku? Mungkinkah kenalan-kenalanku di laman sosial dulu? Atau sahabat yang sudah lama memerhati dan menyimpan perasaan terhadapku? (Owh,sungguh perasan perasaan ini rasanya).

Saturday, May 23, 2015

UPT


     The result is negative!Negatif.Kau faham tak negatif tu apa?Maksudnya aku tak mengandung!Macam mana nak respon depan kau ni alat UPT oi!Macam ni ke?Wah,aku tak mengandunglah!(sambil sengeh macam kerang busuk).Ke macam ni? Yeay! aku tak mengandung!(sambil melompat kegirangan macam kera). Atau macam ni? Alamak,gagal lagi(sambil mencebikkan bibir). Ha,rasanya macam tu lebih sesuai kut! Sebabnya tiba-tiba pulak muka aku terasa panas bila buat muka macam tu. Okay,rasanya hujan akan turun sebentar lagi. Sediakan payung sebelum guruh dan kilat tumpang sekaki.
     Kenapa aku kena rasa macam tu?Keliru pulak hati aku ni tau. Berfikir sekejap sambil makan Kitkat. Ha, dapat dah. Mungkin aku terlalu berharap akan kehadiran seorang cahaya mata dalam hidup aku. Yela,bunga Syurga, siapa tak mahu kan? Selepas pengalaman pahit tu, aku ternanti-nanti peluang kedua. Aku mahu hamil lagi. Kesunyian ini sedang memburu hidup aku secara diam. Perlahan-lahan aku hilang dari dunia nyata. Tidur berbantalkan lengan bersulam airmata. Hari-hari aku dipujuk Encik Suami sampai bosan dibuatnya. Kekadang dibiarkan saja aku melayani perasaan sepi itu. Apakan daya. Itu urusan Allah SWT. Siapalah aku untuk ikut campur. Redhailah wahai hati yang sedang bersedih.
    Aku sedar yang aku perlu redha. Tapi,bila bayu kesepian itu menyapa di pipi,10 jemariku ini pun tak mampu untuk menepisnya. Aku telan hidup-hidup sambil mengenang satu persatu detik itu. Haish, keluahan apakah ini? Keluhan sedih atau kecewa? Entalah. Apapun,aku cuba untuk lepaskan kenangan itu. La tahzan. Innallah ha maa'na. Apakah cerita itu? Panjang ceritanya. Pendekkan? Ambil masa. Jadi,sabarlah. Bila sudah selesai dipendekkan,pasti cerita itu akan bermula.