Sunday, June 14, 2015

Pembunuhan dari sebuah pembangunan

Pembunuhan dari sebuah pembangunan

Tahukah kalian,
Pembangunan itu adalah pembunuh dalam diam?
Ia membunuh kemiskinan...
Mencipta ketamakan...
Ia membunuh kemerosotan...
Mencipta keangkuhan....
Ia mencelikkan yang jahil...
Cuci sehingga terlalu suci...
Ia mendongakkan insan yang malu...
Cerah sehingga terlupa melihat bawah...
Ia mengejar yang tertinggal
sehingga terabai yang pekak,buta,bisu dan yang kurang cerdik akal...
Ia sibuk mendidik dan mengasuh dunia luar
sehingga terlalai anak di rumah yang kelaparan dan kehausan...
Apakah yang telah mati akibat pembangunan ini?
Hati dan akal...
Tiada lagi rasa patriotik...
Tiada rasa belas kasihan...
Tiada rasa sayang...
Tiada rasa kenang budi...
Tiada rasa rendah diri...
Tiada nilai kesederhanaan...
Tiada nilai bertanggungjawab...
Tidak langsung prihatin...
Pemalas!!!Perengus!!!Kejam!!!Gila!!!dan akhirnya mati...
Usah di sebut tentang peperangan...jika cara kibar Jalur Gemilang pun salah!
Usah di sebut mahu berjuang dengan membahaskan isu kemerdekaan kepada penjajah jika cara sebutan bahasa melayu pun salah!
Usah berangan mahu jadi pahlawan malaya jika silat pun tak arif langkah...
Usah berangan mahu jadi duta negara jika  selalu berbelanja yang bukan buatan Malaysia.
Mahu syahid cukup sekadar melempar tiga ketul batu.
Tapi,sebelum itu,belajarlah untuk cari batu yang paling keras dan tajam supaya balingan yang sekecil itu mampu membunuhnya juga.

Saturday, June 6, 2015

Allahuakbar...kuatkan hati hamba.

Assalamualaikum...

     Hari ni saya dapat berita baik. Saya dah dapat anak! Krik...krik...krik...Anak saudara lah. Tapi,masalahnya sekarang, saya rasa saya macam dah salah 're-act' terhadap berita tersebut pulak.
     Sepatutnya kalau dah namanya berita baik, saya kena senyumlah kan? Atau jerit "Alhamdulillah,horray!" Gitulah yang sebetulnya kan? Tapi,kenapa jeritan saya kat dalam hati? Yang keluar bukan bunyi tapi airmata pulak. (Ratu Airmata betullah!) Tak faham pulak tau. (T;T)
     Dalam fikiran ni tiba-tiba jadi kusut. Kenapa urusan orang lain senang tapi saya agak susah sikit? Tak apa, Allah menjanjikan yang terbaik untuk saya. In Sya Allah. Mudah-mudahan lepas ada lagi rezeki saya lepas kejadian itu. Amiin