Tuesday, August 13, 2013

Why they can't stop askin' ?

People around me always ask,

" Macam mana dia boleh bertahan selama 13 tahun? "

Well, the truth about love is,

" If you want to the love of the people, stop running after it. The more you chase it, the more it escapes you. Love doesn't come from the people, it come from Allah S.W.T "

Dia boleh bertahan sebab dia percaya dengan takdir dan ketentuan Tuhan. Dia tidak mahu campur tangan dalam urusan Allah S.W.T. Dia yakin setiap hal ada kelebihan tersendiri. Tentang setiap detik kisah hati disimpan dan diluah di antara dua sujudnya dan sesungguhnya Allah mendengar keluh kesah dia. Lantas, dimakbulkan doa atas keikhlasan dan kesabarannya. Cinta tidak harus memiliki. Cinta adalah suatu percubaan hati untuk mencari pelengkap hidupnya.

Allah sedang mengajarku erti rindu yang sebenar...

Dia kacak...
Dia baik...
Dia penyayang...
Dia berani...
Dia jujur...
Dia setia...
Dia sabar...
Dia hamba Allah yang telah diutuskan kepadaku sebagai pelindungku...
sebagai putera cinta hati...
sebagai anak yang mithali...
suami yang dedikasi...
ayah yang berkepimpinan tinggi...
manusia yang hidup penuh budi...
hamba Allah yang paling mulia tempatnya dalam hati ini...

Dia tidak pernah pulang lama seperti kali ini. Biasanya sehari dua, dan itulah yang dia mampu lakukan untuk tetap bertahan dalam hati dan di sisi saya. Subhanallah, sungguh tersentuh hati ini melihat kesungguhannya. Ya, dialah cinta pertama... cinta sebenar-benar cinta. Cinta yang dulunya terkubur tanpa nesan... Cinta terkandas di tengah jalan.Tapi kita siapa untuk melawan ketentuan Tuhan? Ya, aku tewas dalam airmata dahulu kerananya. Dan, kali ini aku rasa sungguh bahagia, juga kerananya. Allah adalah sebaik-baik Tukang Rencana dan Dialah paling berjaya sebagai Tukang Pelaksana. Syukur berjuta syukur dia dikembalikan kepadaku. In sya Allah, hatiku telah terkunci untukmu. Sakit sihatku, susah senangku, hanya dia yang ku mahu untuk dipinjamkan bahu.


  S.A.R.A.T.

Sunday, August 4, 2013

Suara Bisu

  • Sometimes i feel that, 


  • " Kalaulah dia dapat lihat keperitan manusia lain ,mungkin dia akan berhenti meminta-minta lantas terus berusaha dengan khudrat tulang empat keratnya sendiri. "





    Bak kata hati,




    " Orang yang meminta wang atau barang daripada orang lain itu sebenarnya tidak langsung faham kesusahan orang lain dalam mendapatkan wang dan barangan tersebut. "

    Atas alasan apa-apa pun,elakkan diri dari menjadi seorang yang suka meminta-minta, sama ada sekadar untuk dipinjam atau diambil sebagai hak yang nyata dan sah.

    To someone i'd love much,





    " I am sorry if kadang-kadang layanan saya kepada kamu seperti kamu itu anak kecil, walaupun sebenarnya kamu jauh lebih dewasa dan berpengalaman berbanding saya. Saya cuma dambakan senyuman kebahagian kamu. Saya tidak mahu kamu hidup susah sehingga kamu tidak mampu memberi sedikit penghargaan kepada diri sendiri. Saya halalkan & ikhlaskan semuanya. Ya, semuanya dari sekecil-kecil hama. Maaf jika saya belum mampu tunaikan semua kerana hanya sekadar itu dulu kemampuan saya. "